Wednesday, 13 May 2020

Diari Perjalanan ke Arab Saudi


PERMULAAN PERJALANAN















 



















12 Disember 2019

 

Kami tiba di Lapangan Terbang Senai,Johor jam 4.00 pagi kerana penerbangan Air Asia kami adalah tepat jam 6.00pagi dari Johor Bahru dan akan tiba di Lapangan Terbang KLIA 2 jam 7.00 pagi.

Seterusnya kami menaiki KLIA Ekspres untuk ke terminal antarabangsa KLIA bagi pernerbangan seterusnya iaitu Saudia Airlines,  Penerbangan kami berlepas jam 1.30 petang dari KLIA ke Madinah Al Munawarah.

.

Kami tiba di Lapangan Terbang Madinah Al Munawarah Jam 7.00 malam.  Memandangkan terlalu ramai Jemaah umrah, kami memakan masa yang lama dibahagian imigresen dan di bahagian pengambilan bagasi.  Pemandu kami telah pun tiba lebih awal dan sedia menanti kami.  Kami terus ke Hotel Pullman Zam Zam yang terletak di Bani Khidrah, Madinah.

 

Selepas membersihkan diri, kami tidak membuang masa, terus menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Tahiyatul Masjid dan Solat Isyak.  Jarak hotel kami hanya 3 minit berjalan kaki ke Masjid.  Kami teruja melihat keindahan Masjid Nabawi.  Laugan Azan oleh Imam Masjid Nabawi sangat mengagumkan membuat kami semua tergamam dan khusyuk mendengarnya.

 




 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

13 Disember 2019

 

 

Kami bangun seawal jam 5.00 pagi untuk solat subuh di Masjid Nabawi.   Kami juga tidak ketinggalan untuk turut serta menunaikan solat jenazah. Ini adalah satu kebiasaan disana kerana pasti ada Jemaah atau penduduk tempatan meninggal disana dan disolatkan di Masjid.  Kami berada di Masjid sehingga waktu Dhuha.  Setelah menunaikan solat Dhuha, kami berjalan semula ke Hotel untuk menikmati sarapan pagi.

 

Selepas sarapan, Pemandu kami datang menjemput kami untuk ziarah sekitar Madinah Al Munawarah.  Jam 10.30 pagi kami telah dibawa ke Masjid Quba, Bukit Uhud, Ziarah Kawasan perkuburan Baqi’.  Kemudian kami mencuba makanan popular di Madinah, iaitu Nasi Arab.  Setelah selesai, kami kembali ke Masjid Nabawi.

 




















14Disember 2019

 

Selepas solat subuh kami duduk di dalam Masjid Nabawi dari waktu zohor ke isya’.  Tujuan kami duduk di masjd ialah untuk memasuki Kawasan Ar-Raudah (makam Nabi Muhammad SAW) yang sangat sesak dengan orang. Selepas beberapa jam kami menunggu, akhirnya kami berjaya mendapat tempat di barisan paling hadapan.  Selepas habisnya waktu isya’ ramai orang berpusu-pusu untuk memasuki kawasan Ar-Raudah.  Alhamdulilah kami berpeluang untuk memasuki kawasan ini. Selepas menunaikan solat hajat, kami pulang ke hotel dan berehat.


1   15 Disember

Kami menghabiskan masa dengan beribadah di dalam masjid dalam waktu zohor dan asar.Selepas itu,kami menjamu selera dan mencari buah tangan yang ingin dibawa pulang ke Malaysia.Antara barangan yang kami beli ialah abaya,tudung,dan hiasan rumah.Selepas itu kami kembali ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isya’ berjemaah.


16 Disember 2019

 

Kami meninggalkan Madinah dan bertolak ke Makkah Al Mukaramah.  Kami bersiap memakai pakaian Ihram di Madinah, berniat Ihram dan menuju ke Masjid Bir Ali untuk Miqat.  Sepanjang perjalanan kami bertalbiah.  Selepas beberapa jam perjalanan, kami pun tiba di Hotel Hilton, Makkah.  Kami terus ke bilik, meletakan bagasi, membersihkan diri dan terus menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah Wajib.  Kami bertawaf, kemudian solat sunat setelah selesai tawaf, dan menuju ke bukit safa dan marwah untuk mengerjakan sa’ei.  Selepas siap sa’ei, kami bercukur dan tamatlah umrah wajib.  Kami berehat seketika di Masjidil Haram sambil menikmati air zam-zam dan pulang ke hotel untuk beristirehat.




17 Disember 2019

 

Kami telah menziarahi beberapa tempat bersejarah seperti, Jabal Thur, Jabal Nur, Jabal Rahmah.  Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melalui perjalanan jemaah haji yang bermula dari Miqat, ke Muzdalifah, Arafah, Mina’, Jamrah.  Kami lalu juga Masjid Namirah yang menyimpan pelbagai sejarah Islam.




18 Disember 2019

Kami menghabiskan masa dengan beribadah di dalam masjid pada waktu Zohor dan Asar.  Selepas itu, kami menjamu selera dan mencari buah tangan yang ingin dibawa pulang ke Malaysia. Antara barangan yang kami beli ialah abaya, tudung dan hiasan rumah.  Selepas itu kami kembali ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isya’ berjemaah.  Dan begitulah kami menghabiskan hari-hari kami sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia.


 

22 Disember 2019

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Makkah Al-Mukaramah.  Perasaan sayu mula menyelubungi diri kami.  Kami terasa begitu cepat masa berlalu.  Seperti biasa kami menunaikan solat subuh di Masjidil Haram, bersarapan di Hotel dan terus bersiap untuk pulang ke Malaysia.  Kami melakukan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Tanah Suci.


Syukur Alhamdulillah, kami sempat mendoakan diri sendiri, keluarga, saudara-mara, semua kenalan agar sentiasa dirahmati dan diberkati.

Pemandu kami tiba dihotel jam 11pagi, dan kami terus dibawa ke Lapangan Terbang Jeddah, Makkah Al-Mukaramah.  Kami terus ke kaunter pembelian air Zam-Zam dan terus membelinya untuk dibawa pulang ke tanah air.




 

 

 

 

 

 

Terima kasih tidak terhingga kepada Ayah dan Ibu yang memberi kami peluang untuk menunaikan umrah dan menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah.

  Melalui tugasan ini,saya dapat menunjukkan suasana dan aktiviti kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat Arab Saudi.Akhir kata,saya berharap agar ramai orang awam dapat menanam sifat rajin dalam menimba ilmu pengetahuan terhadap dunia ini.




 


 






 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


 

 

 



 

 


 

 



 

 

 

 

 




 



40 comments:

  1. Wah,sungguh menarik blog anda. Saya berharap saya dapat pergi kesana seperti anda.

    ReplyDelete
  2. saya amat teruja dengan blog anda!

    ReplyDelete
  3. wah!penulisan yang sangat menarik sehingga membuatkan saya ingin ke sana.

    ReplyDelete
  4. Wah blog kamu sangat menarik, saya berharap juga suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke tanah suci ini

    ReplyDelete
  5. Wahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !

    ReplyDelete
  6. Ayat yang amat gramatis dan dipenuhi info menarik ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang menarik , saya berharap dapat ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  8. Dua tiga kucing berlari, menarik sekali blog ini!

    ReplyDelete
  9. Menarik sunggu perkongsian yang diberikan. Saya berharap agar saya dapat ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang bermanfaat . Penceritaan yang jelas. Saya berharap dapat menjejakkan kaki ke sana bersama-sama keluarga saya suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, anda berpeluang untuk pergi ke Tanah Suci Mekah. Saya juga suka melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam blog ini. Doakan saya supaya saya dan keluarga saya dapat ke sana juga suatu hari. In shaa Allah.๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  12. Menariknya!!!Gambar yang sungguh indah dan sangat cantik..Semoga saya juga akan berada di sini๐Ÿ˜Š..Penulisan anda mudah difahami.

    ReplyDelete
  13. blog awak sungguh cantik.Awak telah membuatkan saya tertarik untuk membaca blog awak.Tambahan pula perkongsian awak juga menarik.Saya teruja melihat pemandangan di tanah suci...sungguh menenangkan hati.

    ReplyDelete
  14. Wahh, menarik sungguh perkongsian kamu :D !! Beruntung kamu dapat menunaikan umrah bersama keluarga :) Doakan saya dan keluarga berpeluang pergi ke tanah suci suatu hari nanti ya... Semoga terus sukses !!

    ReplyDelete
  15. perkongsian awak tentang percutian ini membuatkan saya tertarik untuk kesana walaupun dengan sekadar membaca perkongsian dari anda.hal ini oleh kerana perkongsian yang amat menarik dari anda

    ReplyDelete
  16. wah beruntungnya kamu sekeluarga kerana dapat menunaikan umrah sekeluarga. Saya juga teringin menjejakkan kaki ke sana.Doakan saya ya!

    ReplyDelete
  17. Blog yang dihasilkan oleh Khairina sangat cantik dan kemas. Blog ini menunjukkan bertapa indahnya tempat tersebut, saya harap saya dapat ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  18. Wah,mesti kamu gembira dapat pergi ke tanah suci bersama keliarga!Saya berharap saya dapat kesana jua untuk merasai pengalam seperti anda Khairina.

    ReplyDelete
  19. Tentu seronok dapat menunaikan umrah bersama keluarga. Untungnya Khairina sekeluarga. Doakan saya juga agar dapat menjejakkan kaki di tanah suci satu hari nanti :)

    ReplyDelete
  20. Wah Blog yang menarik terutamanya dapat menjejakkan kaki ke Mekah.Saya berasa teruja melihat Blog ini dan berharap dapat ke sana juga.

    ReplyDelete
  21. Menarik sungguh blog saudari, teruja sekali saya membaca blog ini. Saya berharap dapat juga menjejaki kaki di tanah suci suatu hari nanti.Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  22. Wah! Blog yang sangat menarik . Saya berasa sangat teruja ketika membaca blog ini . Sungguh beruntung saudari dan keluarga dapat menjejakkan kaki ke tanah suci ini . Saya berharap saya dan keluarga juga dapat ke sana suatu hari nanti .

    ReplyDelete
  23. Blog saudari sangat menarik dan cara penulisan blog saudari juga sangat kreatif.Tentu seronok dapat menjejakkan kaki di sana.Terima kasih atas perkongsian saudari yang berguna ini.Saya juga berharap satu hari nanti saya berpeluang ke sana untuk menunaikan umrah.

    ReplyDelete
  24. Untungnya saudari dan keluarga dapat menjejakkan kaki di Mekah! Suasana di sana sangat menangkan. Gambar-gambar saudari sangat cantik.

    ReplyDelete
  25. Saya sudah lama berhajat ingin pergi ke sana bersama dengan keluarga tercinta. Membaca perkongsian saudari membuatkan saya semakin bersemangat !

    ReplyDelete
  26. Wah! Nampaknya seperti seronok dapat memijak tanah arab. Bertuahnya awak! Blog yang dihasilkan juga ringkas tetapi menyeronokkan. Penulisan blog juga gramatis tetapi mudah difahami. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  27. Semestinya seronok jika dapat menjejakkan kaki di tanah arab. Sudah lama saya ingin menjejakkan kaki di tanah arab dan melihat sendiri Kaabah. Alhamdulillah, saya berasa puas ketika membaca blog saudari. Terima kasih atas perkongsian dan doakan saya agar dapat pergi ke sana.

    ReplyDelete
  28. Blog saudari telah membuatkan saya berasa ingin pergi ke tanah suci. Saya teringin sekali untuk pergi ke sana. Pengalaman anda disana sangat menarik dan perkongsian cerita juga menarik sekali.

    ReplyDelete
  29. Blog yang sangat menarik! Saya berasa sangat teruja dapat membaca blog saudari! Saya harap saya juga dapat bercuti di sana.

    ReplyDelete
  30. Wah, seronoknya dapat menjejakkan kaki ke tanah arab! Saya bercita cita ingin ke sana suatu hari nanti. Tambahan pula, blog saudari telah menarik minat saya tentang keindahan di sana. Terima kasih atas perkongsian saudari!

    ReplyDelete
  31. Wahh,tentu seronok dapat ke tanah arab. Saya sangat cemburu melihat gambar-gambar awak di sana. Saya sangat berharap dapat menjejakkan kaki sana juga ^^

    ReplyDelete
  32. Seronoknya! Saya sudah lama teringin ke sana bersama keluarga tercinta. Doakan saya diberi peluang ke sana bersama keluarga pada satu hari nanti.๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  33. Seronoknya dapat pergi ke Tanah Suci bersama keluarga tercinta . Saya ingin sekali pergi ke sana untuk melihat kecantikan Rumah Allah dengan
    mata saya sendiri . Terima kasih kerana telah berkongsi kecantikan Tanah suci di blog ini.:)

    ReplyDelete
  34. Wah,seronoknya dapat jejak ke Tanah Suci bersama keluarga tersayang! Sudah lama saya berharap untuk ke sana pada suatu hari nanti. Terima kasih diatas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  35. Wahhh! Terima kasih diatas perkongsian blog yang kamu sampaikan. Saya amat menghargainya.

    ReplyDelete
  36. Wah! Pengalaman kamu di tanah suci Mekah sangat menarik minat saya. Hal ini kerana seumur hidup saya, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat ini. Setelah membaca travelog awak, saya semakin teringin dan berhasrat untuk turut berkunjung ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  37. Terima kasih untuk penulisan yang menghiburkan ini. Hati rasa sangat terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci umat Islam ini. Sangat gembira membaca blog anda..tahniah!

    ReplyDelete
  38. Sudah tentu seronok kan di sana!Semakin teruja saya hendak ke sana.Juga boleh menjadi rujukan awal bagi sesiapa yang hendak ke Mekah.Walaubagaimanapun,saya suka dengan penggunaan bahasa yang agak memuaskan.Saya berasa puas dengan penulisan blog ini dan mahukan lebih lagi.

    ReplyDelete