PERMULAAN PERJALANAN
12 Disember 2019
Kami tiba di Lapangan Terbang Senai,Johor jam
4.00 pagi kerana penerbangan Air Asia kami adalah tepat jam 6.00pagi dari Johor
Bahru dan akan tiba di Lapangan Terbang KLIA 2 jam 7.00 pagi.
Seterusnya kami menaiki KLIA Ekspres untuk ke terminal antarabangsa KLIA bagi pernerbangan seterusnya iaitu Saudia Airlines, Penerbangan kami berlepas jam 1.30 petang dari KLIA ke Madinah Al Munawarah.
.
Kami tiba di Lapangan Terbang Madinah Al Munawarah Jam 7.00 malam. Memandangkan terlalu ramai Jemaah umrah, kami memakan masa yang lama dibahagian imigresen dan di bahagian pengambilan bagasi. Pemandu kami telah pun tiba lebih awal dan sedia menanti kami. Kami terus ke Hotel Pullman Zam Zam yang terletak di Bani Khidrah, Madinah.
Selepas membersihkan diri, kami tidak membuang masa, terus menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Tahiyatul Masjid dan Solat Isyak. Jarak hotel kami hanya 3 minit berjalan kaki ke Masjid. Kami teruja melihat keindahan Masjid Nabawi. Laugan Azan oleh Imam Masjid Nabawi sangat mengagumkan membuat kami semua tergamam dan khusyuk mendengarnya.
13 Disember 2019
Kami bangun seawal jam 5.00 pagi untuk solat subuh di Masjid Nabawi. Kami juga tidak ketinggalan untuk turut serta menunaikan solat jenazah. Ini adalah satu kebiasaan disana kerana pasti ada Jemaah atau penduduk tempatan meninggal disana dan disolatkan di Masjid. Kami berada di Masjid sehingga waktu Dhuha. Setelah menunaikan solat Dhuha, kami berjalan semula ke Hotel untuk menikmati sarapan pagi.
Selepas sarapan, Pemandu kami datang menjemput kami untuk ziarah sekitar Madinah Al Munawarah. Jam 10.30 pagi kami telah dibawa ke Masjid Quba, Bukit Uhud, Ziarah Kawasan perkuburan Baqi’. Kemudian kami mencuba makanan popular di Madinah, iaitu Nasi Arab. Setelah selesai, kami kembali ke Masjid Nabawi.
14Disember 2019
Selepas solat subuh kami duduk di dalam Masjid Nabawi dari waktu zohor ke isya’. Tujuan kami duduk di masjd ialah untuk memasuki Kawasan Ar-Raudah (makam Nabi Muhammad SAW) yang sangat sesak dengan orang. Selepas beberapa jam kami menunggu, akhirnya kami berjaya mendapat tempat di barisan paling hadapan. Selepas habisnya waktu isya’ ramai orang berpusu-pusu untuk memasuki kawasan Ar-Raudah. Alhamdulilah kami berpeluang untuk memasuki kawasan ini. Selepas menunaikan solat hajat, kami pulang ke hotel dan berehat.
1 15 Disember
Kami menghabiskan masa dengan beribadah di dalam masjid dalam waktu zohor dan asar.Selepas itu,kami menjamu selera dan mencari buah tangan yang ingin dibawa pulang ke Malaysia.Antara barangan yang kami beli ialah abaya,tudung,dan hiasan rumah.Selepas itu kami kembali ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isya’ berjemaah.
16 Disember 2019
Kami meninggalkan Madinah dan bertolak ke Makkah Al Mukaramah. Kami bersiap memakai pakaian Ihram di Madinah, berniat Ihram dan menuju ke Masjid Bir Ali untuk Miqat. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah. Selepas beberapa jam perjalanan, kami pun tiba di Hotel Hilton, Makkah. Kami terus ke bilik, meletakan bagasi, membersihkan diri dan terus menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah Wajib. Kami bertawaf, kemudian solat sunat setelah selesai tawaf, dan menuju ke bukit safa dan marwah untuk mengerjakan sa’ei. Selepas siap sa’ei, kami bercukur dan tamatlah umrah wajib. Kami berehat seketika di Masjidil Haram sambil menikmati air zam-zam dan pulang ke hotel untuk beristirehat.
17 Disember 2019
Kami telah menziarahi beberapa tempat bersejarah seperti, Jabal Thur, Jabal Nur, Jabal Rahmah. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melalui perjalanan jemaah haji yang bermula dari Miqat, ke Muzdalifah, Arafah, Mina’, Jamrah. Kami lalu juga Masjid Namirah yang menyimpan pelbagai sejarah Islam.
18 Disember 2019
Kami menghabiskan masa dengan beribadah di dalam masjid pada waktu Zohor dan Asar. Selepas itu, kami menjamu selera dan mencari buah tangan yang ingin dibawa pulang ke Malaysia. Antara barangan yang kami beli ialah abaya, tudung dan hiasan rumah. Selepas itu kami kembali ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isya’ berjemaah. Dan begitulah kami menghabiskan hari-hari kami sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia.
22 Disember 2019
Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Makkah Al-Mukaramah. Perasaan sayu mula menyelubungi diri kami. Kami terasa begitu cepat masa berlalu. Seperti biasa kami menunaikan solat subuh di Masjidil Haram, bersarapan di Hotel dan terus bersiap untuk pulang ke Malaysia. Kami melakukan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Tanah Suci.
Syukur Alhamdulillah, kami sempat mendoakan diri sendiri, keluarga, saudara-mara, semua kenalan agar sentiasa dirahmati dan diberkati.
Pemandu kami tiba dihotel jam 11pagi, dan kami terus dibawa ke Lapangan Terbang Jeddah, Makkah Al-Mukaramah. Kami terus ke kaunter pembelian air Zam-Zam dan terus membelinya untuk dibawa pulang ke tanah air.
Terima kasih tidak terhingga kepada Ayah dan Ibu yang memberi kami peluang untuk menunaikan umrah dan menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah.
Melalui tugasan ini,saya dapat menunjukkan suasana dan aktiviti kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat Arab Saudi.Akhir kata,saya berharap agar ramai orang awam dapat menanam sifat rajin dalam menimba ilmu pengetahuan terhadap dunia ini.